1. INTENSE MOISTURIZING CREAM
MANFAAT & KEISTIMEWAAN
- Kulit serta-merta kelihatan berseri dan terasa sungguh halus dan lembut
- Melembapkan kulit sehingga 10 jam
Produk ini sesuai untuk:
- pengguna yang berkulit kering
BAGAIMANA PRODUK INI MEMBANTU ANDA
- Intense Moisturizing Cream membantu meningkatkan lembapan kulit ke tahap optimum dan membentuk lapisan perlindungan bagi meminimumkan pemeluwapan.
2. OIL FREE HYDRATING GEL
MANFAAT & KEISTIMEWAAN
- Gel tidak berminyak ini diserap dengan mudah untuk menyejukkan dan menyegarkan kulit.
- Menghidrasi kulit sehingga 10 jam
Produk ini sesuai untuk:
- Pengguna yang mempunyai kulit jenis normal hinggalah yang berminyak
BAGAIMANA PRODUK INI MEMBANTU ANDA
- Gel yang ringan dan tanpa minyak ini boleh menjelmakan kecantikan kulit dengan memulihkan keseimbangan lembapannya.
3. OIL ABSORBING TISSUES
MANFAAT & KEISTIMEWAAN:
- Menyerap lebihan minyak dengan serta-merta dan mencegah peluh serta kulit berkilat tanpa menjejaskan mekap
- Mengelakkan kilatan agar solekan tampak sempurna sepanjang hari
Produk ini sesuai untuk:
- Pengguna yang kulit berminyak
BAGAIMANA PRODUK INI MEMBANTU ANDA:
- Tisu ini berkesan menyerap lebihan lembapan and lebihan minyak dengan serta-merta untuk menghasilkan kemasan matte yang lembut.
4. OIL MATTIFIER
MANFAAT & KEISTIMEWAAN
- Menyerap minyak dengan cepat
- Mengawal kilatan sekurang-kurangnya selama lapan jam
Produk ini sesuai untuk:
- Pengguna yang kulit berminyak
BAGAIMANA PRODUK INI MEMBANTU ANDA
- Apabila kering, formula ringan ini memberi kemasan matte yang tampak semula jadi, serta menyerap minyak dengan cepat dan mampu mengawal kilatan sekurang-kurangnya selama lapan jam
5. EYE PRIMER
MANFAAT & KEISTIMEWAAN:
- Menyerlahkan keindahan solekan mata untuk tempoh yang lebih lama
- Mengelakkan solekan mata daripada comot, kering atau luntur
- Sesuai untuk kawasan mata yang sensitif
- Formula kalis air
- Bebas daripada pewangi
Produk ini sesuai untuk:
- Pengguna yang memakai solekan mata.
- Pengguna yang ingin menyerlahkan keindahan solekan mata untuk tempoh yang lebih lama dan mengelakkannya daripada comot atau luntur.
BAGAIMANA PRODUK INI MEMBANTU ANDA:
- Minyak dan lembapan daripada kulit dan produk boleh menyebabkan solekan mata comot, luntur dan terkumpul di kelopak mata.
- Menyediakan permukaan yang sesuai untuk solekan mata, menyerlahkan warna solekan dan mengelakkan solekan daripada terkumpul dan comot di bahagian kelopak mata.
6. INDULGE SOOTHING EYE GEL
MANFAAT & KEISTIMEWAAN:
- Menenang, merawat dan menyegarkan wajah yang kelihatan suram
- Meningkatkan lembapan kulit sehingga 130%
Produk ini sesuai untuk:
- Pelanggan yang menghadapi masalah bengkak di bawah mata.
BAGAIMANA PRODUK INI MEMBANTU ANDA:
- Rumusan ekstrak tumbuhan berkesan mengembalikan tona kulit, menganjalkan dan mengurangkan penampilan bengkak di bawah mata.
7. SATIN LIPS SHEA SUGAR SCRUB & SHEA BUTTER BALM
Skrub Shea Sugar… Bye-Bye Bibir Kering
- Skrub Shea Sugar mengelupas bibir secara lembut menggunakan kristal gula semula jadi untuk mengilatkan bibir kepada kesempurnaan. Diadun dengan shea butter yang lazat, skrub meninggalkan bibir dengan rasa lembut, licin dan berkhasiat.
- Formula skrub ini juga mengandungi minyak bunga matahari, yang terkenal dengan kandungan antioksidan Vitamin E yang kaya.
- Urut skrub ini secara lembut pada bibir dan mengelupaskan kulit kering. Tekstur bibir akan ditambahbaik dan mengembalikan tampilan segar bibir mungilmu dengan segera.
Lip Balm Shea Butter … Hello, Kelembapan
- Selepas gunakan skrub Shea Sugar, manjakan bibir anda dengan Lip Balm Shea Butter.
- Pelembap Shea Butter dirumus untuk memberikan kelembutan dan kelembapan kepada bibir. Campuran shea dan jojoba butters memberi keselesaan dan melegakan bibir.
- Shea Butter, diketahui kaya dengan antioksidan Vitamin A dan E, membantu kulit untuk kekal lembap. Dan jojoba butter mirip dengan minyak yang dihasilkan oleh badan manusia, oleh itu ia dapat melembapkan dan melindungi kulit.
- Apabila apply lip balm shea, ia memberikan bibir anda dos kelembapan yang berganda, ia sememangnya menyuntikan kelembapan yang hebat pada bibir mungilmu!
8. LASH & BROW BUILDING SERUM
FAEDAH DAN PERAKUAN:
7 daripada 10 wanita mengatakan bahawa bulu mata kelihatan lebih lebat*. Yang berikut juga dikatakan oleh para wanita selepas menggunakan Lash & Brow Building Serum™ setiap hari selama sebulan dalam suatu kajian bebas*.
• 80% berkata ia membantu mengurangkan keguguran bulu mata semasa menanggalkan mekap
• 77% berkata ia mengurangkan kerapuhan dan keguguran bulu mata
• 76% berkata ia memperbaiki penampilan bulu mata yang nipis dan jarang
• 65% berkata ia memperbaiki penampilan bulu kening yang nipis dan jarang
*Kajian dijalankan oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas.
Lash & Brow Building Serum™ adalah untuk wanita yang ingin:
• Memperbaiki penampilan bulu mata dan bulu kening yang nipis dan jarang
• Menbina bulu mata yang kelihatan lebih lebat dan penuh.
• Meningkatkan jumlah bulu mata.
• Menambahkan kelebatan kepada bulu mata yang jarang
• Mengurangkan kerapuhan dan keguguran bulu mata
BAGAIMANA IA BERFUNGSI:
Formula yang lembut dan selamat ini mengandungi Lash Response™ Complex yang mengandungi asid-asid amino, suatu peptida dan ekstrak klover merah untuk membantu menyihatkan dan mengukuhkan bulu mata dan bulu kening.
- Asid Amino membantu memberikan nutrisi yang penting. Oleh kerana acid amino mencipta keratin, suatu protein yang membantu mewujudkan setiap helai rambut, ia sememangnya munasabah bahawa kewujudan acid amino yang lebih adalah bermanfaat.
- Tetrapeptida-3 membantu memperkuatkan matriks dermal kulit. Peptida ini dianggap “biomimetik” kerana ia ditemui dalam makmal. Ia bertindak seperti protein yang dihasilkan dalam kulit yang serupa dengan pemanis tiruan yang mempunyai rasa seperti gula tetapi ia bukan gula. Apabila ia diuji secara in vitro, peptida ini mengalakkan pengeluaran kolagen, fibronektin dan laminin- kunci komponen utama dalam kulit yang bertanggungjawab untuk menyokong sel-sel khusus yang kritikal kepada kitaran hayat rambut. Tanpa matriks kulit dermis yang kuat, kitaran hayat rambut akan dipendekkan.
- Klover Merah mengandungi antioksidan. Radikal bebas dikenali untuk memendekkan kitaran hayat rambut. Oleh itu, antioksidan dari Lash Response™ Complex yang mengandungi ekstrak yang diperolehi dari klover merah, akan meneutralkan radikal bebas