Wednesday, March 7, 2018

MARY KAY : SKINVIGORATE™ CLEANSING BRUSH [*Best Seller Marykay]


video: how to cleanse by using skinV

MASIH GUNAKAN TANGAN UNTUK MEMBERSIH MUKA? BANYAKNYA KOTORAN YANG ANDA AKAN TERTINGGAL.

Dalam satu kajian klinikal bebas, wanita-wanita telah menyapukan solekan fluoresen pada dahinya (sisa solekan di bawah sinaran UV). Dengan menggunakan pembersih, mereka mencuci sebelah dahi dengan tangan dan mencuci dahi yang sebelah lagi dengan menggunakan Mary Kay® Skinvigorate™ Cleansing Brush untuk masa yang sama panjang. Kemudian, wanita-wanita tersebut akan mencuci dan membersihkan solekan itu sehingga mereka puas hati dan tidak nampak sebarang warna yang tertinggal pada dahinya. Hasil berikut menunjukkan dahi yang menggunakan Skinvigorate™ Cleansing Brush.

Merah Jambu = bahan sisa solekan yang tertinggal

ANDA MESTI AKAN JATUH HATI DENGAN SKINVIGORATE™ CLEANSING BRUSH, SEBABNYA:


  • Berus yang ringan serta berkuasa dua kelajuan mengurut dengan lembut semasa ia membersihkan kulit, menanggalkan bahan sisa, kotoran dan solekan dalam sesaat sahaja. 
  • Ia membolehkan produk penjagaan kulit anda menyerap dengan lebih baik dan cepat, serta memaksimumkan manfaat penghidratan pelembap anda dengan segera. Hanya tekan satu butang untuk tukar dari kelajuan rendah ke tinggi - ia dapat mencapai lebih daripada 400 pusingan dalam seminit.
  • Kedua-dua kelajuan tersebut memberikan pengurutan yang lembut dan pembersihan secara mendalam
  • Bermula dari hari pertama anda akan mendapati perbezaannya. Dengan menggunakannya secara berterusan , pusingan brush itu dapat membantu memperhaluskan kerosakan kulit wajah dahulu agar tona kulit menjadi sekata. 
  • Tampilan garisan-garisan halus dan kedutan juga akan diperhaluskandan liang pori kelihatan lebih kecil. 
  • Mencergaskan kulit, memulih wajah agar nampak lebih muda.


KEBAIKAN SKIN V BRUSH:

Berikut adalah wanita-wanita yang berumur di antara 13 tahun sehingga 70 tahun berkata tentang
Brush di sebuah kajian pengguna bebas*:
• Memaksimumkan manfaat penjagaan kulit : 97%
• Mengubah kulit kusam ke tona kulit yang
• Memberikan tona kulit yang lebih sekata: 96%
• Memulihkan kulit wajah yang tampil muda: 93%
• Kulit berasa lebih lembut, licin dan sihat: 95%


CARA PENGGUNAAN SKIN V:

Menanggalkan mekap mata terdahulu. Basahkan muka anda dan juga kepala berus dengan air. Sapukan pembersih Mary Kay®kegemaran/cleanser pilihan anda pada muka. Tekankan butang 'Buka/Tutup' (On/Off) untuk menghidupkan berus pembersih itu, kemudian tekan butang 'Kawalan Kelajuan' (Speed Control) untuk bertukar di antara kelajuan rendah dan tinggi untuk penetapan kelajuan yang anda ingini. Membersihkan muka anda dengan mengurutkannya secara lembut.

• Mula proses membersih dari pipi, membersihkan setiap pipi selama 15 saat.
• Gerakkan berus itu ke kawasan hidung dan dagu dan membersih selama 15 saat
• Akhirnya, tamatkan proses pembersihan di kawasan dahi selama 15 saat.

Gunakan penggerakan secara lembut, elakkan kawasan mata dan garisan rambut. Selepas membersih, cuci muka dan bilas kepala berus dengan air. Sesuai diguna dua kali sehari, pada waktu pagi dan petang.


No comments:

Post a Comment